Tuesday, December 28, 2010

BOOTH PHM DI TAMU BESAR KOTA BELUD

 Pameran Pendidikan ini telah berlangsung pada 30 & 31 Oktober 2010 sempena Tamu Besar, di Kota Belud.Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan PHM sebagai salah satu rakan strategik Universiti Utara Malaysia dan juga memperkenalkan/mempromosikan program2 yg ditawarkan seperti Eksekutif Diploma & MBA.
Bermula seawal jam 7.30 pagi, kami sibuk menggantung banner & banting untuk menarik minat para pengunjung yg hadir. Diucapkan jutaan terima kasih kepada Naim iaitu adik kepada staff PHM (Gg) yg sudi membantu kami dari awal higga akhir pameran ini.
 Sempat lagi bergambar dgn pengunjung booth PHM yang berminat dalam Dip.Eksekutif Pendidikan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak (DEPPAK).
Memberi penerangan melalui slideshow Previw Akdemik dari PHM, melayari laman web UUM dan facebook Progressive Heritage Management.

Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar dan booth ini mendapat sambutan yg memberangsangkan dari para pengunjung.

No comments:

Post a Comment