Sunday, January 9, 2011

Lancarkan impian…


Ada beberapa soalan untuk anda dan saya fikirkan mengenai kejayaan.
1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?
2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?
3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?
4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?
Soalan terakhir,
5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jika saya mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?
by Osman Affan

PENDAFTARAN TERBUKA EKSEKUTIF DIPLOMA BAGI BULAN FEB & MARCH 2011





































Pendaftaran dibuka sekarang.Tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut & pendaftaran sila berhubung dengan Perunding Pendidikan kami ditalian yang tertera diatas. Jangan lepaskan peluang ini!!!

Sekilas Pandang Pusat Pembelajaran @ Sadong Jaya

















Wednesday, December 29, 2010

BOOTH PHM DI DEWAN MASYARAKAT KOTA BELUD

Pada 17th Julai 2010 ( sabtu) booth PHM telah mengadakan pameran pendidikan bersempena dengan forum perdana hal ehwal islam bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Belud. Pameran bermula pada jam 8.30 pg hingga 10 mlm. Staff PHM yg bertugas iaitu Suzella & Nabila dari jabatan pemasaran.
Booth ini bertujuan untuk memperkenalkan PHM-UUM & Program2 yg ditawarkan kepada pihak umum.
Pameran ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan dari pengunjung, dan ramai juga yg berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif.
Tahniah diucapkan kepada staff PHM yg terlibat dan mereka yg merebut peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi.

Tuesday, December 28, 2010

BOOTH PHM DI TAMU BESAR KOTA BELUD

 Pameran Pendidikan ini telah berlangsung pada 30 & 31 Oktober 2010 sempena Tamu Besar, di Kota Belud.Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan PHM sebagai salah satu rakan strategik Universiti Utara Malaysia dan juga memperkenalkan/mempromosikan program2 yg ditawarkan seperti Eksekutif Diploma & MBA.
Bermula seawal jam 7.30 pagi, kami sibuk menggantung banner & banting untuk menarik minat para pengunjung yg hadir. Diucapkan jutaan terima kasih kepada Naim iaitu adik kepada staff PHM (Gg) yg sudi membantu kami dari awal higga akhir pameran ini.
 Sempat lagi bergambar dgn pengunjung booth PHM yang berminat dalam Dip.Eksekutif Pendidikan & Perkembangan Awal Kanak-Kanak (DEPPAK).
Memberi penerangan melalui slideshow Previw Akdemik dari PHM, melayari laman web UUM dan facebook Progressive Heritage Management.

Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar dan booth ini mendapat sambutan yg memberangsangkan dari para pengunjung.